Sunday, January 16, 2011

Contoh pengiraan dividen dan bonus, dengan dua kes yang berbeza:
Kadar dividen 2006 = 7.3%
Kadar Bonus 2006 = 1.25%
Kes 1: Melabur RM10,000 pada 6 Jan 2006 (baki minima adalah baki minima selepas 7hb), berapakah hasil pendapatan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.
DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan – Dis 2006 (Semuanya RM10,000) = 12 * 10000
Dividen = 120000/12 * 7.3% = 730
BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 – Dis 2006 = 12 * 10000
(Baki minima sebelum Jan 2006 adalah kosong)
Bonus = 120000/120 * 1.25% = 12.50
Jumlah Pendapatan = 730 + 12.50 = 742.50
Jumlah Baki Simpanan = 10000 + 742.50 = RM10742.50
Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan – Dis 2006 adalah =
((10742.50/10000) – 1) x 100 = 7.425%
Kes 2: Melabur RM1,000 pada awal setiap bulan daripada Jan hingga Dis 2006, jadi jumlah pelaburan adalah RM12,000.
DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan – Dis 2006 =
1000 + 2000 + 3000 + … + 10000 + 11000 + 12000 = 78000
Dividen = 78000/12 * 7.3% = 474.50
BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 – Dis 2006 = 78000
(Sama dengan baki minima dividen di atas, kerana baki minima sebelum 2006 adalah 0)
Bonus = 78000/120 * 1.25% = 8.125
Jumlah Pendapatan = 474.50 + 8.125 = 482.625
Jumlah Baki Simpanan = 12000 + 482.625 = RM12482.625
Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan – Dis 2006 adalah =
((12482.625/12000) – 1) x 100 = 4.022%
Anda inginkan pulangan yang lebih tinggi drp ASB? Melabur dalam Unit Trust. 
Setelah memperoleh kadar pulangan sebenar, bolehlah anda membuat pengiraan untuk jumlah simpanan yang berbeza. Contohya, jika dalam kes 1 anda menyimpan RM12,000, maka pulangannya adalah 12000 * 7.425%. Jika dalam kes 2 anda menyimpan RM300 setiap bulan, maka pulangannya adalah 23400 * 4.022% (300 + 600 + … + 3300 + 3600). Perhatikan kes 1 lebih mudah untuk membuat pengiraan.
Ada pembaca yang bertanya, dari mana pulak saya dapat formula ni. Sebenarnya formula ni ada disertakan dalam penyata yang dihantar kepada pelabur setiap awal tahun, selalunya selepas dividen dan bonus diumumkan. Formula ni dinyatakan pada helaian belakang penyata anda. Sebelum tu kena pastikan, alamat buku ASB anda adalah terkini, kalau tidak, penyata tu tidak akan dihantar ke alamat yg betul.
Kesimpulannya, jika anda mampu masukkan saja semua bonus gaji yang anda terima pada setiap hujung tahun dalam ASB untuk mendapat kadar pulangan yang lebih baik. Kalau tak dapat juga, barulah simpan secara ansuran setiap bulan, pulangannya mungkin kurang untuk tahun pertama, tetapi tahun kedua pulangannya akan lebih baik. Bonus pula akan memberi manfaat lebih banyak kepada pelabur yang tidak mengusik simpanan mereka sejak 10 tahun yang lalu.

Amanah Saham bumiputera

Pinjaman ASB (ASB Loan) memberi pulangan melebihi 4o%

 saya membuat kesimpulan berbeza berdasarkan senario ekonomi buat masa ni. Sejak April 2009, Maybank telah membuat pakej baru utk loan ASB iaitu kadar faedah 4.25% (BLR-1.3) dgn tempoh maksimum 25 tahun. Secara kasar, pakej tidak banyak beza dgn sebelum ni, tapi saya telah buat kajian selama beberapa bulan dan akhirnya saya membuat kesimpulan yang mungkin sukar diterima. Tapi hakikatnya, kajian ini adalah berdasarkan angka, dan angka adalah fakta.
Dalam analisa ini, saya ambil kes pinjaman RM100,000 utk tempoh 25 tahun. Kadar faedah 4.25% (BLR 5.55-1.3) dengan jangkaan dividen ASB 7% untuk 10 tahun berturut-turut. Berikut adalah analisa yg saya dapat.
TahunA: Bayaran bulanan
RM541.74x 12
B: Modal principal
12 bulan
C: Dividen tahunanD:Jumlah B+CKadar pulangan
setahun (D/A)-A
1$6,500.86$2,295.22$7,000.00$9,295.2243%
2$6,500.86$2,394.69$7,000.00$9,394.6945%
3$6,500.86$2,498.47$7,000.00$9,498.4746%
4$6,500.86$2,606.75$7,000.00$9,606.7548%
5$6,500.86$2,719.72$7,000.00$9,719.7250%
6$6,500.86$2,837.59$7,000.00$9,837.5951%
7$6,500.86$2,960.56$7,000.00$9,960.5653%
8$6,500.86$3,088.87$7,000.00$10,088.8755%
9$6,500.86$3,222.73$7,000.00$10,222.7357%
10$6,500.86$3,362.40$7,000.00$10,362.4059%
Berdasarkan jadual di atas, tahun pertama memberi pulangan 43%, dan semakin bertambah sehingga 59% pada tahun ke-10. Modal principal adalah ekuiti atau pengurangan baki pinjaman yg kita bayar setiap bulan. Dividen akumulatif tidak diambil kira.
Setakat ni, saya belum jumpa lagi pelaburan yg risiko hampir zero tapi pulangan sangat tinggi. ASB loan adalah peluang yg tidak mungkin saya lepaskan kali ni.
Pengiraan ini tidak mengambil kira kos perlindungan insurans MRTA yg wajib diambil. Bagi saya, insurans MRTA ini adalah satu lagi peluang utk membeli insurans dengan kadar yg sangat rendah. Hanya sekitar RM10 sebulan, mengikut umur dan jantina. Lagipun kalau berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar sepenuhnya.
Risiko tetap ada apabila kadar faedah naik sehingga menyamai atau melebihi dividen ASB. Tapi buat masa sekarang saya agak yakin kadar BLR tetap pada kadar lebih rendah berbanding dividen ASB. Kajian saya menunjukkan, jika perbezaan kadar faedah dan dividen ASB adalah 1%, masih dapat pulangan 12% untuk tahun pertama. Perbezaan 2% memberi pulangan 29%. Tapi kalau sama, pulangan hanyalah sekitar 1%. Kalau kadar faedah melebih dividen ASB sebanyak 1%, kita rugi 10%.  Maknanya, untug rugi ASB loan ni, sangat bergantung kepada kadar BLR dan dividen ASB. Yg baiknya, jika BLR naik terlalu tinggi, kita boleh cancel loan, tidak perlu tunggu sehingga tempoh matang 25 tahun. Sebab tu, jadual saya hanya membuat anggaran sehingga tahun ke-10. Ambil tempoh maksimum untuk pulangan yg paling tinggi, ideanya utk kurangkan kos bulanan. Sebagai contoh kalau ambil 20 tahun sahaja, pulangan hanyalah 38% berbanding 43% (bagi tahun pertama).
Saya sendiri baru apply loan ASB buat pertama kali minggu ni. Ambil maksimum RM200,000 utk tempoh 25 tahun. Locking period 2 tahun, maknanya tahun ke-3 saya ada pilihan utk sambung atau cancel.
Selamat melabur.
PEMBETULAN
Terdapat pembetulan utk jadual di atas, kerana saya tidak mengambil kira potential dividen gain yg boleh diperolehi oleh modal principal. Jadual terbaru menunjukkan angka yg sangat berbeza secara drastik.
T
A:
B:
Equiti
gain
C:
Dividen
D:B+C
E:
Potential
gain
of B
F:
Untung
D-E
%
Untung
1$6,500$2,295$7,000$9,295$246.49$9,04839%
2$6,500$2,394$7,000$9,394$407.16$8,98738%
3$6,500$2,498$7,000$9,498$746.70$8,75135%
4$6,500$2,606$7,000$9,606$1,284$8,32128%
5$6,500$2,719$7,000$9,719$2,043$7,67618%
6$6,500$2,837$7,000$9,837$3,045$6,7924%
7$6,500$2,960$7,000$9,960$4,315$5,644-13%
8$6,500$3,088$7,000$10,088$5,882$4,206-35%
9$6,500$3,222$7,000$10,222$10,735($512.85)-108%
10$6,500$3,362$7,000$10,362$16,761($6,398.75)-198%
Kesimpulannya, loan ASB ni, menguntungkan jika ambil maksimum period 25 tahun, tapi cancel pada tahun ke-6.